Tuesday, March 6, 2012

政府規定僱主從2012年1月起,必須為月薪低於5千令吉的僱員繳交13%的公積金,僱員公積金局今日提醒僱主確認是否已為僱員繳交足夠的公積金

員工月薪少過5千‧公積金局:僱主須繳交13%公積金
大馬 2012-03-06 13:41
(布城6日訊)政府規定僱主從2012年1月起,必須為月薪低於5千令吉的僱員繳交13%的公積金,僱員公積金局今日提醒僱主確認是否已為僱員繳交足夠的公積金

公積金局公共關係總經理聶阿芬迪今日發表文告說,最新的公積金繳交表已上載至myEPF(http://www.kwsp.gov.my),以方便僱主確認他們需繳納的新公積金數額。

首相在2012年的財政預算案中宣佈僱主須為月薪低於5千令吉的僱員所繳交的公積金,由原本的12%提高至13%,以解決國人退休收入不足的問題,而僱員本身的公積金繳交率則維持在11%。(星洲互動)

KWSP Ingatkan Majikan Bayar Caruman Mengikut Kadar Baharu
Jadual Caruman Terkini Boleh Didapati Di Laman Web myEPF Untuk Rujukan Majikan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengingatkan majikan agar memastikan mereka membayar amaun caruman bahagian majikan yang betul berikutan kenaikan kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah kepada 13 peratus bermula gaji bulan Januari 2012.

“Jadual caruman KWSP terkini telah dimuatnaik ke laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) bagi memudahkan majikan yang ingin menyemak amaun baharu caruman KWSP bahagian mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar.

Kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pekerja bergaji bulanan tidak melebihi RM5,000 telah dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara. Kadar caruman bahagian pekerja kekal pada 11 peratus.

Di samping itu, caruman bahagian majikan untuk pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah yang berumur 55 tahun dan ke atas juga telah ditambah kepada 6.5 peratus daripada 6 peratus manakala pekerja di bawah kategori ini terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Nik Affendi mengingatkan majikan bahawa mereka perlu mencarum bahagian mereka bersama-sama bahagian pekerja mengikut jadual caruman baharu ini.

“Majikan perlu melengkapkan borang caruman bulanan (Borang A) dengan butiran pekerja mereka yang betul. Sebagai contoh, mereka perlu memastikan nama dan nombor Kad Pengenalan setiap pekerja yang dinyatakan dalam Borang A adalah sama dengan butiran yang terkandung dalam Kad Pengenalan atau myKad pekerja tersebut untuk mengelakkan berlaku sebarang kesilapan.

“Caruman bulanan juga mesti dibayar kepada KWSP sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan manakala jumlah bayaran mesti sama dengan jumlah caruman yang dicatatkan dalam Borang A berkenaan,” kata beliau.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh: 6 Mac 2012