Friday, May 29, 2009

Sri Lanka Menjadi Sri Neraka-Satu Penginsafan Total

Puisi: Sri Lanka Menjadi Sri Neraka
(Penderitaan 30 Tahun Kerana Ketuanan Satu Bangsa, Keagungan Satu Bahasa & Kemuliaan Satu Agama)

Oleh: Victor Lee

30 tahun yang lalu
Sri Lanka bukan nama asalnya
Yang terkenal adalah Ceylon
Teh Ceylon paling mashyur
Bapa saya paling suka meminumnya
Bersama Najib, Sasasey, Ah Sigh, Pairin & Johnny

Ceylon negara yang paling maju & progresif
Di Selatan Asia, malah di benua Asia
Orang British memupuk pegawai administratif
Untuk dihantar ke negara penjajahannya

Pendidikannya paling baik & umum
Mutu pelajaran dan budaya yang tinggi
Perkembangan ekonomi yang pesat
Rakyat hidup damai, harmoni & gembira

Tahun 70’an junjungan pribumiisme
Junjungan “Satu Bangsa” Singhalese
Tunjangan “Satu Bahasa”Singhalese
Pengagungan “Satu Agama” Buddha
(amat sama dgn polisi Indonesia & Malingsia)

Membawa sengsara, mendatangkan derita, menambah kepahitan
Orang Tamil dipencil dan diabaikan
Dihina kerana bukan berbahasa rasmi
Dipandang rendah kerana bukan pribumi
Dieksploit kerana beragama lain

Perang saudara tercetus
Perlawanan yang tak henti-henti
Tiada ampun, tiada maaf
Kerana ketuanan satu bangsa
Kerana keagungan satu bahasa
Kerana kejunjungan satu agama

Teh Ceylon sudah dilupakan dunia
Bapa beta dan kawannya sukar nak beli
Teh yang paling baik dan terenak
Pelancong sudah lenyap sama sekali
Keindahan suasana Ceylon sudah menjadi sejarah
Yang dipapar hanyalah perang yang sengit
Pembunuhan satu per satu……
membawa kebencian yang tak putus-putus
Merekakan balas dendam yang tak ada penghabisan

Kerana ketuanan satu bangsa
Disebabkan keagungan satu bahasa
Lantaran kemuliaan satu agama
Menggadaikan ribuan jiwa
Membinasakan harapan kanak-kanak
Menghancur-luluhkan masa depan dan hari esok
Semua insan di Sri Lanka

Sri Lanka menjadi Sri Neraka
Kerana kejijikan minda pemimpin
Ditolok tambah keegoan intelek
Berpandangan dan berfikiran cetek
Berlagak dan bertopeng
Di belakang layar perak “untuk nusa & bangsa”

Kejijikan ketuanan, keagungan, kemuliaan
Satu Bangsa, Satu Bahasa, Satu agama
Membawa 30 tahun penderitaan
Kesengsaraan di bumi yang terindah
Tanah Ceylon yang maha harmoni, maha bahagia
Menjelma ke medan peperangan
pembunuhan berlarutan yang tak bermakna
menjelmakan nusa tercinta ke nusa neraka

Segala-gala kerana polisi jijik
Ketamakan pemimpin untuk populariti
Kekejian intelek & pejuang bahasa
Yang ego, berotak udang
Keaguhan pengembang agama fanatik
Yang terkobar-kobar

30 tahun tersia-sia
Kerana pemikiran sempit
Kerana masih berminda kolonisme
Berminda imperialisme
Seperti zaman penjajahan Jepun
Memaksa tahanan Malaya membaca
Dan menulis bahasa Jepun
Seperti zaman kolonial British
Mengagung-agungkan bahasa Inggeris
Yang menjadi eka dan satu-satunya

Dunia sudah menjadi kampung global
Pengetahuan bertaburan, berada di mana-mana
Berpandai-pandai menguasai lebih bahasa
Lebih menguntung dan menyenang pergaulan
Disanjung sepelusuk dunia
Ditabik global
Diberi penghormatan, kemuliaan
Dikurniakan pengiktiranan dan penganugerahan
Internasional

Jangan ulangi lagi penderitaan
Sri Lanka menjelma Sri Neraka
Cintai nusa dengan hati naluri
Bukan permainan satu dan eka
Jangan biarkan nusa ini menjadi
Malingsia, atau maling dan Sial


(penulis adalah tamatan Jabatan Pengajian Melayu Foon Yew, Johor Bahru; Kini dikenali sebagai JPM, Kolej Selatan Johor)