Saturday, June 29, 2013

Apa Cina Mahu (11) ? Oleh: Lee Thean Fook 华人要什么 (十一)? 作者:李甜福




10 Saranan Paling Utama Drpd Masyarakat Tionghua (Bulan  Februari,  2013)

Saranan:
1.      Malaysia mengiktiraf   ijazah drpd 157 buah universiti Taiwan , manakala Taiwan pula mengiktiraf   ijazah drpd 121 buah universiti Malaysia.  The Federation of Alumni Association Of Taiwan Universities, Malaysia. berkata setakat ini ada 6796 org Malaysia  yg masih menutut di universiti di Taiwan dan apabila mereka tamat pengajian, ijazah mereka akan diiktiraf di Malaysia. Untuk menjadikan Malaysia sebagai satu pusat pengajian tinggi yg menjadi pilihan siswa-siswi tempatan dan luar negara, kerajaan harus juga mengiktiraf ijazah drpd universiti Macau, Hong Kong, Negara Thai, Korea, Jepun dan lain-lain. 

2.      Presiden Persatuan Peniagaan  & Perindustrian Petaling, yg juga bos LBS (disenarai di Bursa Malaysia) berkata sistem gaji minimum adalah satu trend yg tak dapat dielakkan dan RRC juga  melaksanakan sistem gaji minimum pada beberapa tahun yg lalu. Beliau berkata walaupun pemerintah RRC melaksanakan sistem gaji minimum dan menyebabkan keuntungan sektor perindustrian kecil dan sederhana dikurangkan  tapi sektor ini dapat menyelesaikannya dgn meningkatkan mutu produk dan harga servis, mengurangkan pekerja serta meningkatkan lapisan pengurusan.  Beliau berkata masalah di Malaysia ialah kekurangan pekerja tempatan dan sebenarnya bukanlah berkaitan dgn sistem gaji minimum. Beliau juga berkata pelaburan gelanggang golfnya di RRC juga mengalami peningkatan gaji bukan satu kali kerana sistem gaji minimum. Ditanya adakah sistem gaji minimum membawa impak kpd syktnya, beliau berkata setakat ini masih tiada apa-apa impak. Negara RRC sudah melaksanakan sistem gaji minimum maka pengalaman ini harus dikongsi dlm seminar dan dialog. Kerajaan harus mengundang pakar dan professor universiti dari RRC mengadakan seminar segera.

3.      Sykt hartanah yg disenaraikan di Bursa Malaysia—Mahsing (8583) berkata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan mempengaruhi pelan rancangan sykt ini.  Kumpulan ini berkata pasaran hartanah akan semakin baik selepas PRU 13. Ia akan menyediakan RM100 juta utk menjalankan projek perumahan dgn individu atau kerajaan yg ada tanah. Ia juga akan mendirikan pejabat di luar negara spt Singapura dan Jakarta utk memikat lebih pelabur dan pembeli hartanah  dari Asean. Pasaran hartanah akan lebih baik selepas PRU juga memaparkan hartanah memang ada pasarannya. Kumpulan Mahsing akan mendirikan pejabat di luar negara spt Singapura dan Jakarta utk memikat lebih pelabur adalah strategi yg betul kerana pasaran hartanah Malaysia harus juga menjadi tumpuan para pelabur asing.

4.      Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menyiasat CHGS (Country Heights Grower Scheme)  yg menyebabkan pelabur-pelabur tidak puas hati dan marah kerana skim ini dihentikan dgn mendadak. CEO suruhanjaya ini berkata SSM akan memanggil staf kanan dan trustee skim ini utk disoal-siasat. Beliau berkata pihak SSM akan memantau skim yg berkaitan dgn pelabur-pelabur dan sekiranya didapati bersalah akan mengambil tindakan keras terhadap sykt yg terbabit.  Sykt yg menguruskan CHGS (Country Heights Grower Scheme)  ialah Plentiful Gold Class Sdn Bhd yg memperkenalkan skim ini pada tahun 2007.  Kerajaan haruslah memeriksa buku akaun dan segala buku kewangan harus juga disiasat dan satu panitia penyisatan harus diadakan agar boleh menjalankan satu siasatan yg detail.

5.      Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah  berkata sekiranya kerajaan boleh mengiktirafkan sijil UEC (Unified Examination Certificate) sebelum Pilihan raya Umum (PRU) maka ini adalah satu berita baik kpd  masyarakat Cina. Beliau berkata MCA sedang meminta kerajaan mengiktiraf sijil UEC.  Beliau juga berkata Universiti Xiamen RRC menubuhkan cawangannya di Malaysia akan memberikan peluang yg baik kpd kaum bukan Cina utk melanjutkan pelajaran mereka di universiti berkenaan. “Mungkin 5 tahun kemudian, ramai pegawai dari Kementerian Perdagangan dan Perindustrian adalah tamatan atau graduan drpd Universiti Amoy di Malaysia.”  .  Pengiktirafan sijil UEC boleh memberikan lebih banyak peluang kpd mereka yg memegang sijil ini. Tapi masalah spt syarat menjadi penjawat kerajaan dan syarat memasuki universiti tempatan memerlukan sijil SPM dgn kepujian dlm BM masih akan menjadi satu syarat yg perlu diselesaikan.

6.      Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni berkata kerana pelan transformasi kerajaan sudah semakin berkesan dan berjaya memikat lebih ramai pelabur asing dan menambah pendapatan negara, maka kerajaan pun sudah mulai mengkaji samada menurunkan cukai syarikat serta cukai pendapatan individu.  Beliau berkata pendapatan negara pada tahun 2010 hingga 2012 sudah memecah rekod dan dijangka tahun ini juga akan memecah rekod, ini menjadikan kerajaan berkeyakinan boleh kurangkan cukai syarikat dan cukai pendapatan individu.  Beliau berkata pendapatan bertambah kerana “restructure” sistem cukai Jabatan Hasil Dlm Negeri dan Jabatan Kastam serta keuntungan koporat atau sykt yg bertambah baik.  Beliau juga menekankan bhw pelan transformasi Malaysia adalah sangat sempurna dan detail, malah telah memikat lebih drpd 10 buah negara menghantar rombongan utk mengkaji pelan transformasi Malaysia. Selain itu, kerajaan juga menjalankan sistem Bajet yg menjimatkan kos.  Sektor peniagaan dan perindustrian adalah berharap cukai syarikat boleh dikurangkan spt Singapura dan Hong Kong. Sementara itu, pembayar cukai juga berharap cukai pendapatan individu boleh dikurangkan.

7.      YAB TPM Tan Sri Muhyiddin berkata BN berkeyakinan mempertahankan kubu negeri Johor dan perselisihan antara Parti Keadilan dan DAP di negeri Johor menunjukkan parti pembangkang tidak dapat bekerjasama. Beliau berkata org ramai sudah hilang keyakinan kpd Pakatan rakyat.  Beliau berkata negeri Johor masih adalah “negeri Biru” dan kubu kuat BN. Beliau berkata Parti Keadilan dan DAP ingin merebut kws pilihan raya dan ini memberikan satu impresi atau kesan yg buruk. YAB TPM juga berkata BN tahu apa yg dikehendaki oleh rakyat dan banyak projek pembangunan sudah dijalankan. Perselisihan antara Parti Keadilan dan DAP di negeri Johor telah menguntungkan BN, sekiranya Pakatan Rakyat masih maki dan tuduh-menuduh antara satu sama yg lain, BN akan berpeluang baik mengekalkan kubu kuat negeri Johor.

8.      Pengerusi  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata kerajaan tidak hanya merekrut org Melayu menjadi penjawat kerajaan atau rezab jawatan tinggi utk org Melayu. Beliau berkata kerajaan mengambil berat mereka yg kaliber, maka hanyalah mereka yg mampu baru layak dilantik menjadi penjawat tinggi. Beliau berkata setakat ini bangsa Cina yg menjadi penjawat kerajaan adalah lebih drpd 50000 org, kebanyakan adalah menjadi guru, pegawai Kementerian Kesihatan, Pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi dan di PDRM. Beliau berkata, pemohon Cina sudah bertambah, tapi kebanyakan memohon jawatan profesional. Setakat ini, kakitangan kerajaan yang berketurunan Cina masih belum mencapai matlamat 80 ribu orang, maka kerajaan haruslah menyiarkan iklan pengrekrutan di akhbar Cina, di TV, agar boleh memikat perhatian dan permohonan daripada lebih ramai orang Cina. Dengan pengambilan lebih ramai orang Cina menjadi kakitangan kerajaan boleh menghapuskan salah tanggapan bhw hanyalah org Melayu yg mengawal pemerintahan Malaysia, di samping menghapuskan persepsi tentang kaum Cina enggan menyertai perkhidmatan awam..  
9.      Penasihat Persekutuan Penjaja Malaysia mengeritik Timbalan Menteri KPDNKK tidak menyampaikan Pinjaman Mikro yg sebanyak RM50 juta kpd penjajan. Beliau berkata penyalah-gunaan kuasa dan administrasi telah menyebabkan penjaja Cina tak ada minat pada pinjaman ini. Beliau berkata kerajaan harus mengumumkan statistik kelulusan permohonan Pijaman Mikro berdasar kaum selepas tempoh penutupan permohonan.  Beliau berkata beliau ingin memohon Pinjaman Mikro di sebuah bank di Johor dan staf bank memberitahunya bhw Pinjaman Mikro sudah habis dipohon. Presiden Persekutuan ini berkata beliau menerima banyak aduan tentang staf bank sengaja menyusahkan permohonan penjaja. Sementara itu, YB Dato’ Tan Lian Hoe berkata  Persekutuan Penjaja Malaysia boleh menghubunginya dan KPDNKK pernah menerima aduan tentang sikap staf bank yg tak kerjasama dgn pemohon. Beliau berkata, menteri pernah mengarah pihak bank hanya menerima borang sahaja dan janganlah menyusahkan pemohon kerana hak kelulusan adalah ditangan KPDNKK.  Persekutuan Penjaja Malaysia pernah dua kali menulis surat kpd Timbalan Menteri agar boleh mengaturkan satu sesi dialog tapi malangnya tiada balasan drpd Timbalan Menteri. Utk membekalkan lebih banyak maklumat kpd penjaja-penjaja Cina, sesi dialog harus diadakan dgn Persekutuan Penjaja Malaysia.
10.  Menurut analisa tentang Pilihan Raya Umum (PRU) oleh The Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) jelas menunjukkan BN boleh memenangi 123 hingga 135 kerusi dan memerintah Malaysia lagi. ASLI berkata kerana pengundi Melayu dan India di kws desa dan kampung sudah mulai menyokong BN. Analisa ASLi juga memaparkan UMNO dan DAP akan menjadi pemenang yg paling besar dlm PRU 13 yg akan datang. Selain itu, Pakatan Rakyat dijangka boleh memenangi Pulau Pinang dan Kelantan, manakala bagi negeri Selangor, sokongan kpd BN dan PR adalah sama rata. Peluang kemenangan bagi BN semakin cerah kerana pengundi Melayu dan India sudah sedar BN adalah lebih handal dan adalah pilihan yg lebih baik.

Apa Cina Mahu (10) ? Oleh: Lee Thean Fook 华人要什么 (十 )? 作者:李甜福




10 Saranan Paling Utama Drpd Masyarakat Tionghua (Bulan  Januari  2013)

Saranan:

1.    Ibu bapa boleh melalui simpanan SSPN untuk mendapat potongan cukai pendapatan sebanyak RM6000. Menurut portal PTPTN, bajet 2013 mengumumkan potongan ini dinaikkan drpd RM3000 ke RM6000. Jurucakap PTPTN berkata, simpanan juga boleh mendapat faedah, contohnya faedah bagi tahun lalu ialah 3.75%. Org ramai boleh mendapat maklumat lebih lanjut di www.ptptn.gov. Ini menunjukkan masyarakat Cina sudah mulai berminat pada potongan cukai pendapatan sebanyak RM6000 melalui simpanan SSPN. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) memang ada kebaikan dan kelebihannya. Kerajaan dan pihak PTPTN haruslah memperbanyakkan propaganda SSPN di media  Cina, termasuk di skrin TV spt melalui stesen TV di Media Prima (NTV 7 & 8TV).

2.    Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia menyeru semua pengusaha stesen minyak harus memasang CCTV di luar tandas agar mngelakkan berlaku jenayah. Persatuan ini berkata ia mengambil berat tentang insiden seorg belasan tahun ingin menvabul kehormatan seorg gadis. Persatuan ini mengaku kerana kekurangan dana, sebhg stesen minyak tangguhkan pelan memasang CCTV di luar tandas.  Bagi stesen minyak baru, tandas adalah disediakan di dlm kiosk jualan, maka adalah lebih selamat. Kerajaan tempatan harus mengarah semua stesen minyak memasang CCTV dan lampu yg terang di luar tandas kerana memang ada tandas-tandas ini kotor, lampu tak terang dan di sudut sunyi. Kemudahan ini harus dijadikan syarat membaharui lesen perniagaan stesen minyak.

3.    Pelabur-pelabur Sykt Emas Genneva berkata Bank Negara sudah mengetahui sykt ini pernah membuat kesalahan pada beberapa tahun yg lalu, maka Bank Negara haruslah menutup sykt berkenaan segera. Mereka berkata kerana Bank Negara tak ambil aksi segera telah menyebabkan ramai pelabur menjadi mangsa. Kini setelah Bank Negara mendedahkan banyak kesalahan yg dilakukan oleh sykt Genneva, pelaburnya sudah kurang keyakinan dan bimbang pelaburan mereka akan menjadi sia-sia. Selain pelaburan Geneva, pelan pelaburan lain spt CHGS juga disyaki merugikan pelabur dan trusteenya juga tiada wang simpanan dan bercanggah dgn peraturan Bank Negara.

4.    Menteri Sumber Manusia berkata Akta Bersara Minimum 2012 akan dilaksana pada 1 Julai 2013 agar tahun bersara bagi sekctor swasta dilanjutkan ke 60 tahun. Singapura sudah melanjutkan usia bersara ke 65 tahun agar boleh memanfaatkan sumber manusianya. Menurut Kementerian Sumber Manusia berkata: The re-employment legislation will be enacted in 2012 to enable more people to continue working beyond the current statutory retirement age of 62, up to 65 in the first instance and, later, up to 67.  Pihak swasta harus menerima hakikat bhw melanjutkan usia bersara ke 60 tahun sebenar masih tak mencukupi kerana memandangkan Singapura sudah meningkat usia bersara dari 62 tahun ke 65 tahun dan kemudian akan ke 67 tahun.

5.    Pengerusi jawatankuasa Taklimat “Perkembangan dan Visi SMJK”  menyeru kerajaan mengubah Akta pendidikan dan memberikan tempat sebenar (positioning) kpd SMJK. Beliau berkata semasa Sekolah Cina menerima saranan kerajaan menjadikannya sebagai SMJK bermaksud ia harus mendapat bantuan penuh.  Sementara itu. Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Sel & KL berkata SMJK kini tak dapat membayangkan keunikannya termasuk kampus tiada bau Tionghua, tiada lagu sekolah Cina, tiada sijil Cina dan uniform pun tiada perkataan Cina, tiada ada perayaan ulang tahun skolah dan tiada upacara graduan. Selain itu, ada 14 buah SMJK yg mengalami masalah 14 org guru besar tak bertaraf  memahami bhs Cina. SMJK ada unsur sejarahnya dan harus diperkasa sebagai satu aliran pendidikan unik di sistem persekolahan atau pendidikan negara ini. Satu Jabatan SMJK dan SMPC (Sek Menengah Persendirian Cina) haruslah ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran agar masalah-masalah yg dihadapi oleh SMJK dan SMPC (Sek Menengah Persendirian Cina) dapat diurus dgn segera dan bukan spt sekarang yg diurus secara acuh tak acuh.

6.    Sempena ketibaan Tahun Baru Cina, Persatuan Polis Komuniti Selangor dan PDRM kws serdang sudah menubuhkan pasukan meronda dan  juga meminta penduduk yg balik ke kampung bolehlah mengisi borang agar pihak polis boleh menjalankan rondaan. OCPD Serdang berkata semua penduduk yg menyerah borang balik kampung tiada sebuah rumah yg dicuri atau dipecah masuk. Katanya, dgn kata lain ini adalah sifar kes jenayah. Timbalan OCPD Serdang berkata, penduduk yg pulang  ke kampung haruslah menyerah borang balik kampung pada masa dua atau tiga hari sebelum bertolak ke kampung halaman. Sistem mengisi borang balik kampung memang ada fungsi positifnya, pihak PDRM bolehlah menyediakan borang ini di merata lokasi, termasuk mengadakan kaunter di gedung membeli-belah, di stesen minyak, pejabat pos, kedai rantaian 7-11, restoran spt Nandos,  dan taman-taman perumahan. Kotak khas utk memudahkan penduduk dan org ramai menyerah borang balik kampong juga harus disediakan. Selain itu, PDRM boleh mengambil kesempatan ini menjalankan “Tell Me When You Balik Kampong Campaign !”

7.    Presiden ACCCIM ( Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia) mengatakan bhw polisi Malaysia sering bercanggah, contohnya Menteri ini yg cakap atau umumkan A, tapi menteri lain pula buat B. “Polisi kerajaan sering tak konsisten dan menteri-menteri pun cakap-cakap brlainan.” Beliau berkata kerajaan ingin meningkat gaji pekerja, melaksanakan Akta Saingan dan melanjutkan usia bersara sebenarnya bercanggah dgn Pelan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana. Kerajaan harus mengkaji impak polisi gaji minimum dan melanjutkan usia bersara ke 60 tahun serta Akta Saingan pada peniaga-peniaga, khususnya industri kecil dan sederhana.

8.    Bekas Presiden ACCCIM ( Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia) berkata polisi pendidikan mestilah ditentukan oleh penjaga atau ibu bapa murid dan bukanlah oleh pegawai kerajaan. Beliau berkata polisi pendidikan semakin komplikated kerana ia ditentukan oleh pegawai kerajaan. Beliau berkata banyak negara sudah memilih Bhs Cina sebagai bhs kedua dan bhs yg mesti dibelajari, sama juga penekanan pada bhs Inggeris. Beliau juga berkata di KL pernah berlaku 2 kali kes romapakan di mana 200-300 org pelanggan dirompak oleh 20-30 org perompak yg bersenjata dan kini kes-kes ini masih tak tahu siapa yg komited atau lakukan. “Org ramai semakin bimbang keselamatan mereka, polis harus menangkap ketua kumpulan, jangan hanya menangkap ikan bilis.” Pandangan bekas Presiden ACCCIM ada kebenarannya, maka kerajaan haruslah menilai dan mengkajinya.

9.    Presiden Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)  berkata draf pelan Pendidikan Negara 2013—2025 yg memesong ke satu bangsa dan mengabaikan bhs ekonomi spt Bhs Inggeris dan Bhs Cina menunjukkan pemimpin negara tak berpandangan jauh. Beliau juga berkata jika ingin menjadi sebuah negara yg berpendapatan tinggi maka penjawat kerajaan mestilah kikiskan birokrasi dan melaksanakan tugas dgn telus, adil dan demokrasi. birokrasi yg dikatakan satu unsur utama yg menghalang  Malaysia menjadi negara yg berpendapatan tinggi haruslah dikaji dan satu Jawatankuasa Membasmi Birokrasi dan Redtap harus ditubuhkan dgn Presiden ACCCIM dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan menjadi pengerusi bersama.

10.           Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata mercun masih dilarang kerana masalah keselamatan, tapi perseorangan atau pertubuhan bolehlah memohon dgn KDN. Beliau berkata banyak tragedi berlaku kerana memain mercun, tambah lagi mercun juga membawa pencemaran bunyi. Beliau juga berkata permainan bunga api oleh syarikat juga perlu menerima kelulusan KDN dan pihak bomba. Di JB, mercun haram dijual secara terbuka dan pihak polis sudah mulai mengambil tindakan dan menyita banyak mercun. 2 org suspek telah ditangkap.  Kerajaan melarang permainan mercun adalah tepat dan betul kerana memang ada banyak tragedi bersangkut-paut dgn mercun. Namun kerajaan bolehlah menggalakkan pertubuhan memohon keizinan dan kelulusan drpd pihak bomba (dg kata lain, kelulusan bukan lagi drpd KDN, tapi drpd Jabatan Bomba dan Penyelamat). 



Apa Cina Mahu (9) ? Oleh: Lee Thean Fook 华人要什么 (九)? 作者:李甜福



10 Saranan Paling Utama Drpd Masyarakat Tionghua (Bulan  Disember,  2012)

Saranan:
1.    Pemuda tak berminat dgn kupon diskaun RM200 utk membeli telefon bimbit yg dlm lingkungan harga RM500. Mereka berkata tawaran ini sesuai utk warga emas dan kumpulan murid. Pemuda-mudi yg diwawancara oleh akhbar The China Press berkata kerana fungsi dlm telefon bimbit yg hanya RM500 adalah terhad maka sukar memikat org muda. Ramai berpendapat bhw kerajaan harus membaiki kelajuan internet yg menghampakan kerana menurut kajian Google pada April 2012 menunjukkan Malaysia adalah negara yg dgn kelajuan internet yg amat lambat dan adalah kelima lambat dlm dunia. Selain itu, fi internet juga lebih tinggi berbanding dgn negara jiran.  Kerajaan haruslah mengarah sykt telekomunikasi menurunkan fi internet agar lebih ramai pemuda berpeluang menggunakan wi-fi, contohnya spt Streamax telekom diturun drpd RM60 ke RM30 sebulan. 

2.    Presiden Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)  berkata jika ingin menjadi sebuah negara yg berpendapatan tinggi maka penjawat kerajaan mestilah kikiskan birokrasi dan melaksanakan tugas dgn telus, adil dan demokrasi. Selain itu, keadaan keselamatan yg buruk juga merupakan satu masalah besar. Beliau menganggap draf pelan Pendidikan Negara 2013—2025 yg memesong ke satu bangsa dan mengabaikan bhs ekonomi spt Bhs Inggeris dan Bhs Cina menunjukkan pemimpin negara tak berpandangan jauh. Beliau berharap boleh bertemu dgn PM utk menerangkan masalah yg dihadapi oleh peniaga-peniaga. Pandangan Presiden ACCCIM adalah telus dan tidak pura-pura mengampu pihak berkuasa. PM harus bertemu dgn Presiden dan rombongan ACCCIM utk kebaikan Negara.

3.    Alliance Investment Bank berkata tukaran wang asing Ringgit Malaysia akan meningkat ke RM2.95=USD1, manakala sebuah bank Jepun berkata Ringgit Malaysia boleh meningkat ke RM2.92=USD1. Mereka berkata keadaan ekonomi Malaysia dan sedunia yg semakin baik akan membawa harapan baik kpd Ringgit Malaysia. Akhbar Economic Daily Taiwan berkata dlm kadar faedah yg rendah akan menggalakkan nilai wang RRC, Sing Dolar dan wang Korea Selatan meningkat nilainya. Mata wang Ringgit yg kuat akan membawa lebih banyak keyakinan kpd rakyat kerana rakyat tak suka mata wang yg lemah. Contohnya org Singapura, Amerika Syarikat bangga dgn mata wang mereka yg kuat dan bernilai. Sekiranya Malaysia boleh kembali ke RM2.70=USD1, rakyat akan lebih berkeyakinan kpd pimpinan negara.

4.    Perkataan Han Malaysia Bagi Tahun 2012 diumumkan hari ini dan perkataan ini ialah “gai” atau bermaksud transformasi, membetulkan. 5 ribu org telah menyertai pemilihan perkataan Han tahun ini. Pengerusi jawatankuasa En Goh Hin San berkata setakat ini ada 8 negara di dunia ini mengadakan aktiviti pemilihan perkataan Han, iaitu RRC, Taiwan, dua negara di sebelah selat (bermaksud RRC serta Taiwan), Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia. Perkataan yg dipilih jelas menunjukkan rakyat inginkan transformasi dan juga menunjukkan masyarakat Cina inginkan transformasi dlm segala hal dan perkara. Ini secocok dgn pelan transformasi yg dilaksanakan oleh PM YAB Datuk Seri Najib dan kerajaan.

5.    Persekutuan Penjaja Malaysia berkata penjaja di Malaysia menghadapi 3 masalah utama, iaitu sistem penguatkuasa, lesen dam lokasi perniagaan. Kerana polisi Majlis tempatan atau kerajaan tempatan yg berbeza-beza telah menyebabkan penjaja kena memohon banyak lesen dan permit, malah ada lesen yg kena dibayar RM6 ribu setahun. Persekutuan ini juga berkata jumlah saman atau kompaun juga berlainan dan ini mengelirukan penjaja. Persekutuan ini juga menyeru kerajaan meningkatkan jumlah pinjaman kpd penjaja agar lebih ramai penjaja berbilang bangsa boleh mengecap kebaikan dan manfaat ini. Standardisasikan prosedur, kompaun dan lesen-lesen yg dikeluarkan kpd penjaja boleh memudahkan pihak kerajaan dan penjaja-penjaja.  
6.    The Federation of Malaysian Clans and Guilds Youth Association berkata ribuan tan metrik nadir bumi sudah dihantar ke kilang Lynas untuk proses dan ini telah menyebabkan rakyat amat sedih dan pilu. Persekutuan ini berkata sekiranya berlaku kebocoran radiasi, maka penduduk sekitar akan menjadi mangsa.  Persekutuan ini mengingatkan kerajaan dan semua pihak bhw nadir bumi adalah bahan bahaya dan itulah common sense kenapa Australia tak proses nadir bumi di negaranya dan mahu hantarkannya ke Malaysia yg beribu-ribu batu dari Australia. Sykt Lynas haruslah meyakinkan rakyat tentang prosedur keselamatan yg diambil dan dijalankan, spt penjelasan pakar radiologi drpd Australia.
7.    Gabungan Bertindak Malaysia berkata ciri-ciri khas SMJK yg mempunyai ciri Cina dlm kampus, membaca dan ada subjek bhs Cina, Jemaah Pengelola berhak memilih guru besar, pengurusan tanah dan hartanah sekolah kini sudah menghadapi cabaran yg kuat. Gabungan ini juga meminta kerajaan mnunaikan janji masa dahulu menanggung segala perbelanjaan administrasi dan pembangunan. “Kini kebanyakan SMJK menghadapi masalah kewangan. Selain itu, ada 14 guru besar di SMJK adalah tak memahami bhs Cina. Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Taklimat “Perkembangan dan Visi SMJK”  menyeru kerajaan mengubah Akta pendidikan dan memberikan tempat sebenar (positioning) kpd SMJK. Beliau berkata semasa Sekolah Cina menerima saranan kerajaan menjadikannya sebagai SMJK bermaksud ia harus mendapat bantuan penuh.  Sementara itu. Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Sel & KL berkata SMJK kini tak dapat membayangkan keunikannya termasuk kampus tiada bau Tionghua, tiada lagu sekolah Cina, tiada sijil Cina dan uniform pun tiada perkataan Cina, tiada ada perayaan ulang tahun skolah dan tiada upacara graduan. Masyarakat Cina menganggap SMJK sudah diabaikan oleh kerajaan, maka kementerian Pelajaran haruslah mengambil berat tentang masalah yg dihadapi oleh SMJK.
8.    Persekutuan Taoisme Malaysia menyeru kerajaan membenarkan surat beranak dan kad pengenalan memasuki “Taoisme” dlm kolum agama dan bukanlah hanya menulis agama Buddha. Selain itu, Persekutuan ini juga memohon kerajaan meluluskan 15 Feb (menurut takwim Cina) sebagai “Hari Taoisme” dan kelepasan am nasional.Persekutuan ini berkata menurut jangka di Malaysia sekurang-kurangnya ada 3 hingga 4 juta penganut Taoisme. Ia juga memohon kerajaan meluluskan sebidang tanah kpd tokong yg diarah memindah atau terpaksa dipindahkan. Kerajaan boleh menimbang permintaan Persekutuan ini kerana penganut yg ramai—iaitu 4 juta di Malaysia.
9.    Pengerusi GERAKAN Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata  semakin banyak universiti di luar negara mengiktiraf  Unified Examination, maka sudah tibalah masa mengiktiraf sijil  Unified Examination. Manakala, Timbalan Pengerusi Dong Zong berkata Unified Examination akan menjadi satu peperiksaan antarabangsa pada suatu hari dan meupakan matlamat yg diperjuangkan. Beliau berkata, setakat ini, Dong Zong ingin menjadikannya sebagai peperiksaan di Asean dan kini ada 200 buah universiti terkenal di dunia mengiktirafkan sijil Unified Examination. Manakala  Pengerusi Gabungan Tindakan Strategik berkata usaha menjadikan Unified Examination sebagai “Chinese Cambridge Examination”  harus diusahakan   Kerajaan haruslah menimbang cadangan Tan Sri Dr Koh yg berasas.  

10.           Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni berkata mereka yg memohon BR1M 2.0 pada atau sebelum 31hb Disember 2012 akan menerima wang bantuan BR1M 2.0 dlm jangkamasa jan hingga Mac ini. Beliau berkata sebenarnya permohonan utk BR1M 2.0 tiada tarikh akhir, tapi kerajaan berharap boleh menguruskannya sekaligus. Beliau menggalak mereka yg tak pernah memeohon BR1M 2.0  blwh memohon sekarang. Dijangka 4.30 juta keluarga akan memperolehi manfaat dari BR1M 2.0. Keprihatinan kerajaan dan Menteri Kewangan akan menerima sokongan padu drpd masyarakat Cina.

11.           Ketua Pemuda MCA berkata kini banyak kedai di bandar dan pekan sudah menjadi kedai perjudian lumba kuda dan berkembang pesat spt cendawan selepas hujan.Pemuda MCA berkata perjudian haram merupakan masalah maksiat utama. Selain itu, masalah dadah juga amat serius. Pemuda MCA berkata penjanayah suka mengambil dadah baru menjalankan aktiviti jenayah. Ia juga meminta kerajaan tempatan mengambil tindakan keras utk membasmikan aktiviti perjudian haram (perjudian lumba kuda) dan masalah dadah yg serius.Sementara itu, dengan bantuan kumpulan atau kongsi gelap, geng “Gores & Menang” kini bermaharajalela di JB. Mereka bukan sahaja memujuk org ramai, malah akan memukul dan belasah mereka yg membantah dan menolak pujukan mereka. Pengerusi MCA cwg Setulang Darat JB berkata di negeri Johor ada 2 geng  “Gores & Menang” ,  satu beribu pejabat di Taman Molek, satu di Taman Sentosa.  Pihak PDRM dan jawatankuasa-jawatankuasa anti kriminal di setiap daerah harus mempergiatkan kerja mengumpul maklumat jenayah agar tindakan segera boleh dilakukan. Selain itu,  kadar jenayah di setiap kws haruslah  diumumkan kpd publik, pihak media pada setiap bulan.  Org ramai berhak mengetahui segala kadar jenayah dan masalah keselamatan yg dihadapi di kws kediaman mereka. “Taklimat dwi-minggu” harus diadakan oleh PDRM  dgn pihak media, pemimpin masyarakat, pengerusi/ naib Pengerusi parti-parti politik dan pertubuhan di kws berkenaan sebagai satu cara menjalin interaksi yg lebih berkesan.